Thursday, November 6, 2008

Ikan, Berhati-hatilah!

Ikan Keli di Sungai Kali

Al-kisah, kalau di tempat kita, ikan ini dikira sebagai ikan keli atau baung. Tetapi ikan sebesar ini belum pernah ditemui di negara kita. Ukuran tubuhnya mencapai sampai 2 meter dan beratnya 73 kilogram dengan badan berwarna lumpur dan memerlukan tiga orang untuk mengangkatnya!

Yang ini kenalah kita sebut sebagai keli raksasa.

James Wade dengan dua pembantu dan keli raksasanya

Kisah kononnya bermula ketika James Wade, seorang pengkaji hidupan liar dari Inggeris, yang mendengar kabar bahawa ada ikan keli raksasa di Sungai Kali, yang mengalir di kawasan India dan Nepal. Wade kemudian memburu ikan itu untuk program televisyennya. Maklumlah, selama ini Wade juga berkerjaya seperti mendiang Steve Irwin, penyayang binatang dan penyampai berita aksi dengan haiwan, terutama di Australia.

Benar saja, Wade berhasil menangkap seekor ikan dengan panjangnya hampir dua meter itu tadi.

Cerita tertangkapnya keli raksasa itu makin menggemparkan, kerana Sungai Kali merupakan tempat upacara pembakaran mayat menurut adat istiadat masyarakat Hindu. Mayat yang telah dikapan mengikut cara Hindu itu akan dibakar dan abunya ditebar ke Sungai Kali. Namun, dari ratusan upacara pembakaran mayat, ada saja satu atau dua sisa jasad yang tak terbakar habis.

"Banyak penduduk tempatan bercerita kepada saya bahwa ikan ini jadi tumbuh luar biasa kerana makan sisa-sisa tubuh manusia itu," kata Wade. Bahkan sang ikan disebut-sebut jadi ketagihan daging manusia sehingga memangsa orang jika ada kesempatan. Kabar inilah yang membuat Wade penasaran untuk meneliti ikan itu.

Para ilmuwan menyebut kelompok ikan ini sebagai Bagarius yarrelli yang memang dari keluarga jenis ikan bermisai termasuklah ikan keli. B. bagarius tersebar di kawasan Sungai Gangga dan Sungai Kali (India), Sungai Chao Phraya (Thailand), Sungai Mekong (Cina), hingga muara Sungai Merah di Vietnam dan di wilayah selatan, mulai Indocina, Semenanjung Malaysia, sampai Indonesia. B. suchus banyak berasal dari Sungai Mekong dan Chao Phraya; sedangkan B. rutilus lebih suka berenang di kawasan Sungai Merah dan Sungai Ma di utara Vietnam. Begitu juga si raksasa B. yarrelli yang banyak ditemukan di bahagian selatan dan tenggara Asia.

Pangas dari Vietnam ... keli atau patin di tempat kita?

Filets de Pangas
Terlanjur bercerita tentang ikan ini, saya tertarik dengan sebuah berita yang disampaikan kepada saya oleh seorang teman di Mediacorp News and Current Affairs, Singapura tentang betapa larisnya penjualan daging ikan bermisai jenis keli atau baung (malah lebih merupai ikan patin kita di sini) dari Vietnam yang dikenali dengan jenama filets de pangas di supermarket Singapura.

Proses penyuntikan untuk mempercepatkan tumbesaran ikan pangas



Daging pangas yang dijual di supermarket antarabangsa sebagai filets de pangas

Ikan ini, demikian saya dimaklumkan, telah mengalami proses suntikan hormon untuk segera membesar dan hormon itu beracun untuk dijadikan makanan manusia di samping diternak di dalam air yang sangat berkeladak dan tercemar.


Iklan filets de pangas di pasaran antarabangsa


Mungkin nelayan Vietnam belum membaca cerita bagaimana kisahnya ikan keli di Sungai Kali boleh membesar dengan nisbah yang menggerunkan. Kalau tidak, tentu mereka tidak perlu menggunakan kaedah suntikan hormon untuk mempercepatkan pembesaran ikan peliharaan mereka agar segera diproses menjadi filets de pangas itu tadi.

6 comments:

Wahab { Cendanawangi } said...

Dato',
Besarnya ikan tu. Mungkin usianya panjang; berpeluang hidup lebih lama. Makanan pun banyak.

Agaknya nelayan tidak menangkap ikan di "sungai mayat" tu.

Tengok pada gambarnya tu, badannya macam badan baung; tapi bahagian kepala macam kepala ikan kenerak. (Saya mula mengenali ikan kenerak masa mengajar di Budu, Benta. Kenerak ni pun tergolong dalam spesis 'catfish' juga).

Banyak jenis ikan yang tak original dah. Ikan pun dah ketagih suntikan. Kalau tidak, tak membesarlah.

Wahab@Cendanawangi said...

Dato'
Saya panjangkan permintaan serisuryati..

Cikgu Wahab,
Boleh tolong poskan comment saya ni di ruang comment dato yaakub. Saya tak tahu nak masukkan open ID yg di minta. Tak ada Name/URL. Terima kasih ya cikgu wahab.

Dato',
Saya suka membaca tulisan dato di blog ini.Sangat informatif dan menarik. Selaku seorang guru saya suka mencari maklumat dan banyak yg saya dapat dari blog dato ini. Saya juga tertarik dengan laras bahasa yg dato gunakan. Teruskan berkarya.Pengalaman dato sangat banyak dan eloklah di tumpahkan menerusi tinta di maya siber ini..Terima kasih kepada cikgu wahab kerana memberikan alamat 'Malaysian Educational Dialogue'kepada saya. Tak silap saya dato adalah tetamu di majlis resensi buku di BTPN Kuantan suatu ketika dulu. Dato berceramah tentang Hukum Kanun Pahang. Sangat bersejarah dan saya tertarik dengan bahan2 yang disampaikan. Saya ada bersama di majlis itu mewakili Guru Besar saya Tn Hj Mohamed Sabri. Semoga dato terus menulis tanpa jemu. Saya ada juga membaca buku Guru Yang Efektif. Mengapa sekarang tiada lagi buku2 seperti ini dihasilkan. Sebenarnya ramai guru2 kita berbakat menulis dan kaya dengan pengalaman.
Salam hormat dari saya pendidik dari Kuantan.

Dato'
2:45 AM, November 10, 2008

YAAKUB ISA said...
This comment has been removed by the author.
YAAKUB ISA said...

Cikgu Wahab,

Sampaikan ucapan terima kasih saya kepada Cikgu Serisuryati. Saya sangat menghargai komen dan pandangannya serta kesediaan beliau menjenguk Blog saya. Saya tak tahu sangat tentang cara menyelesaikan masalah beliau nak berhubung melalui ruangan ini di Blog saya ini. Mohon agar Cikgu Wahab boleh membantu beliau. Salam.

simantanguru said...

Dato,
Sudah lama tidak membaca posting terbaru dato'

URL TERBARU saya:

http://blogsimantanguru.blogspot.com/

simantanguru said...

selamat aidiladha Dato'...