Tuesday, July 29, 2008

Buku Baru Saya

Idealisme dan Pemikiran Tun Abdul Razak adalah buku terbaru saya. Buku ini diterbitkan oleh Institut Peradaban Melayu Universiti Pendidikan Sultan Idris. Maklumat buku: kata pengantar; xix + 448 halaman; kertas art; bergambar; bibliografi; indeks; kulit keras dan kulit lembut (berjeket); ISBN 078-983-414316-9; nombor panggilan 923 2595; harga: RM95.00 (kulit keras).

Saya mengambil masa yang agak lama menyediakan bahan dalam buku ini. Bahan bakunya ialah siri ucapan Tun Abdul Razak yang diterbitkan oleh Arkib Negara Malaysia yang sebanyak 18 jilid itu. Kemudian saya tambah lagi dengan ucapan PM kedua yang terdapat di dalam pelbagai buku dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

Asalnya buku itu hendak diterbitkan oleh Arkib Negara Malaysia (ANM). Kerana itulah Arkib Negara telah memberikan kerjasama yang amat baik kepada saya, malah diberi juga peluang untuk meneliti bahan arkib yang tidak termasuk dalam kumpulan classified.

Hasrat menerbitkannya melalui ANM tidak kesampaian kerana terpaksa menghadapi pelbagai halangan, termasuk pihak penilai, iaitu seorang pegawai dari Dewan Bahasa dan Pustaka tidak memberikan pandangan yang cukup positif, termasuk soal judul buku itu. Memang judul asalnya ialah Glosari Tun Abdul Razak. Saya mendapat idea menamakan manuskrip ini sebagai 'Glosari' setelah membeli sebuah buku berjudul The Dictionary of Lincoln dari Kedai Buku Universiti Stanford. Ada beberapa halangan lain yang menyebabkan buku ini tidak jadi diterbit oleh ANM.

Kebetulan penerbitnya sekarang (melalui Pengarah IPM UPSI) tertarik dengan buku itu, dan saya memohon grant penyelidikan di bawah Grant Za'ba. Penyelidikan terus dijalankan, termasuklah mendapatkan gambar lama Tun semasa di Kuantan. Saya berjaya mendapatkan gambar ini melalui seorang teman, tuan punya Chen Chew Photo Studio di Kuantan. Beliau mempunyai banyak gambar lama tapi sayangnya tidak ada rekod tarikh gambar itu diambil, di mana lokasinya dan apakah kisah disebaliknya.

Buku yang memuat ucapan Tun sejak awal hingga akhir hayatnya ini agak tebal dan informatif. Ucapan tersebut dikelompokkan mengikut perihalnya, iaitu agama, bumiputera, dasar negara, ekonomi, keamanan dan ketenteraman, kebajikan, kenegaraan, luar bandar, pembangunan negara, pendidikan, penyusunan masyarakat, perhubungan antarabangsa, pertahanan dan ketenteraan, pertanian, politik, sains dan teknologi, sikap dan personaliti, sosio-budaya, sukan dan olahraga serta wanita. Saya mengucapkan terima kasih kepada Profesor Dato' Dr. Ahmad Haji Zainuddin, Cik Asiah Abdul Rahman dari IPM dan Dato' Hajah Rahani Jamil mantan Pengarah Arkib Negara Malaysia serta pegawai-pegawainya yang sangat baik hati terhadap saya.

1 comment:

บริษัท จอมสุบรรณ จํากัด said...

Adakah anda memerlukan pinjaman kredit kewangan yang mendesak?
* Pemindahan Sangat cepat dan serta-merta ke akaun bank anda
* Bayaran balik bermula lapan bulan selepas anda mendapatkan wang
akaun bank
* Kadar faedah yang rendah sebanyak 2%
* Bayaran balik jangka panjang (1-30 tahun) Panjang
* Syarat-syarat pinjaman yang fleksibel dan bayaran bulanan
*. Berapa lama masa yang diambil untuk membiayai? Selepas menghantar permohonan pinjaman
Anda boleh mengharapkan jawapan awal kurang daripada 24 jam
pembiayaan dalam 72-96 jam selepas menerima maklumat yang mereka perlukan
dari awak.

Hubungi syarikat ini sah dan berlesen, yang diberi kuasa
untuk memberi bantuan kewangan kepada Everybody
Maklumat dan permohonan pinjaman lebih bentuk

email: cashfirmarena@gmail.com


Selamat sejahtera
Sir Joel Williams
FIRM TUNAI PINJAMAN SYARIKAT
Ketua Pegawai Eksekutif
Tel: +60182913326
E-mel: cashfirmarena@gmail.com
Webisite: cashfirmarena.wordpress.com