Friday, May 15, 2009

Mohon maaf!

Masya Allah! Lama betul Blog ini tiada maklumat baru. Bukannya saya jemu menulis, tetapi saya tidak dapat membahagikan masa, yang semakin lama semakin rasanya terlalu pendek bagi saya. Dalam sebulan dua ini saya agak banyak menulis, antaranya menyiapkan edisi baru Kamus Bahasa Melayu Klasik (dengan entri tulisan jawi), yang ditolak oleh sebuah penerbit untuk diterbitkan! Tapi, sebagaimana biasa, saya tidak putus asa kerana itu dan tetap dan berusaha menyiapkannya dengan baik dan lebih informatif. Buku kedua: Citra Pahang dalam Teks Klasik, yang telah menjadi agak tebal rupa-rupanya. Ketiga: Koleksi Adat Diraja Pahang (yang ini tak berani jamin... kerana ramai yang hendak menolong, nampaknya). Selain itu terpaksa menyiapkan kertas kerja dan presentation power point untuk Seminar Antarabangsa Kain Tenun (anjuran UM dan Lembaga Muzium) - yang ini telah berlangsung dengan selamatnya di Hotel Vistana, Kuantan 12-14 Mei lalu; Bengkel Kesultanan Melayu (anjuran DBP) yang akan berlangsung di USM bulan depan.

Memang ada yang hendak saya tulis tentang lawatan Lembaga Muzium Negeri Pahang ke Muzium Kota Tinggi, Muzium Sultan Abu Bakar, Johor Bahru dan beberapa muzium di negara tetangga, Singapura. Khas untuk Singapura, ada berita menarik tentang usaha anak-anak muda di sana membantu para pelajar mempelajari apa yang tidak ada dalam kurikulum sekolah (misalnya tentang budaya Melayu, kesultanan Melayu, malah berpencak silat, pakaian tradisional, bermain wau... Suatu yang patut sangat kita contohi.

Cerita lengkapnya, insya Allah akan menyusul beberapa hari lagi.

2 comments:

Unknown said...

Salam En yaakub..bagaimana saya hendak dapatkan koleksi Koleksi Adat Diraja Pahang?Ada ke di jual di mana2? harap boleh dibantu.....saya boleh dihubungi melalui email asrulaero7@yahoo.com

YAAKUB ISA said...

Maaf, Rosmawati. Tidak ada koleksi yang Sdri maksudkan itu diterbitkan di Pahang. Kalau Sdri mempunyai masa, Sdri boleh membuat rujukan di Lembaga Muzium Negeri Pahang, berdasarkan beberapa artikel, kertas kerja, laporan dan buku cenderamata. Tapi ini memerlukan banyak masa. Insya Allah, di mana mungkin, saya boleh menolong Sdr. Salam.